Qaireen Adriana perlu RM15,000 untuk pembedahan jantung - Utusan Malaysia

Qaireen Adriana perlu RM15,000 untuk pembedahan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Seorang bapa di sini merayu ihsan pelbagai pihak bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan jantung anak sulungnya Qaireen Adriana Tihani yang berusia lapan tahun.

Mohamed Haffiez Mansor Taridi, 35, berkata, Qaireen Adriana bakal menjalani pembedahan kali keempat di Institut Jantung Negara (IJN) yang dijadualkan 13 Januari depan dan memerlukan kos RM15,000.

“Kos pembedahan adalah RM40,000 yang tidak termasuk kos tambahan kerana anak saya akan dirawat di IJN hampir 2 minggu selepas pembedahan.

“Kira-kira seminggu lagi sebelum pembedahan keempat, kos yang masih belum cukup adalah RM15,000,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebagai rekod, Kosmo! Online pada 6 Disember lalu pernah melaporkan keresahan  Mohamed Haffiez untuk mendapatkan dana bagi menampung kos pembedahan Qaireen Adriana buat kali keempat di IJN yang sepatutnya dijalankan pada 11 Disember baru-baru ini.

Pembedahan yang sepatutnya dilakukan pada bulan lalu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan kerana keluarga berkenaan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menanggung kos prosedur membaiki injap dan salur jantung.

Sehubungan itu, Mohamed Haffiez memohon jasa baik pelbagai pihak untuk memastikan Qaireen Adriana dapat menjalani hidup yang lebih baik selepas menjalani pembedahan tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulur sumbangan boleh menyalurkannya melalui akaun Maybank 156066093150 atau CIMB 7607551097 atas nama Mohamed Haffiez Bin Mansor Taridi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN