JAKARTA 12 Jan. – Sekurang-kurangnya 16 orang cedera manakala ratusan rumah lagi rosak selepas puting beliung melanda wilayah Jawa Barat hari ini.
Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, lebih 371 rumah di kampung Jelagong, daerah Bandung musnah sehingga menyebabkan penduduk tempat melarikan diri.
“Skala impak bencana itu sedang diteliti,” kata Sutopo. – BERNAMA










