PSG ikat pemain Argentina, Paredes - Utusan Malaysia

PSG ikat pemain Argentina, Paredes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 29 Jan. – Paris Saint-Germain (PSG) telah menandatangani pemain tengah Argentina, Leandro Paredes dari Zenit Saint Petersburg menerusi perjanjian selama empat tahun setengah, umum juara Perancis itu, hari ini.

Pemain berusia 25 tahun itu mengikat kontrak sehingga 2013, selepas melengkapkan pemeriksaan kesihatan di Qatar. Tiada yuran perpindahan didedahkan, walaupun media melaporkan pemain itu dibeli dengan harga 47 juta euro (RM211 juta).

“Ketibaan Leandro akan mengekalkan momentum pasukan baik di dalam padang dan juga hubungan dengan penyokong, lebih-lebih lagi perlawanan besar yang semakin hampir. Sesuatu yang menerujakan menanti kami,” kata Presiden PSG, Nasser al-Khelaifi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab.

Paredes pula berkata, dapat menyertai PSG merupakan satu peluang keemasan untuknya menimba pengalaman beraksi di liga baharu pula.

“Selepas pengalaman saya di Itali dan Rusia, saya akhirnya memperoleh satu peluang yang cukup hebat, bukan hanya dapat beraksi di liga baharu, tetapi apa yang paling penting ialah dapat menyarung jersi kelab berprestij di dunia,” kata Paredes, yang bakal bergandingan dengan rakan senegaranya, Angel di Maria di Parc des Princes.

Pendahulu Liga 1 itu, sedang berusaha untuk mengukuhkan di bahagian tengah menjelang pertembungan 16 akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United, dengan Marco Verratti diketepikan akibat kecederaan buku lali dan Adrien Rabiot pula disishkan selepas enggan menandatangani kontrak baharu.

PSG akan bertandang ke Old Trafford untuk aksi timbal balik pertama pada 12 Februari, dan mereka kini berada dalam kebimbangan menanti Neymar kembali cergas, selepas bintang antarabangsa Brazil itu ditimpa kecederaan metatarsal, minggu lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×