Protes Zimbabwe: polis didakwa seksa penduduk - Utusan Malaysia

Protes Zimbabwe: polis didakwa seksa penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARARE 22 Jan.- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Zimbabwe (ZHRC) mendedahkan pasukan keselamatan diarahkan untuk melakukan penyeksaan secara sistematik ke atas penduduk selepas insiden protes ganas yang tercetus ekoran kenaikan mendadak harga minyak.

Pesuruhjaya ZHRC memberitahu, kekejaman polis dikesan menerusi tahap kecederaan mereka yang mati atau yang masih hidup serta laporan perubatan.

Polis melaporkan hanya tiga orang mati dalam pergolakan yang berlaku minggu lalu itu.

Namun laporan itu bercanggah dengan dakwaan peguam dan kumpulan hak asasi manusia yang menyatakan lebih 10 orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera akibat terkena tembakan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN