KUALA LUMPUR 29 Jan. – Kerja-kerja pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) yang dilaksanakan sejak September 2016 kini siap 41 peratus. Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd., Datuk Najmuddin Abdullah berkata, kerja-kerja pembinaan fasa seterusnya giat dilakukan dan pihaknya sedang bekerja keras menyiapkan projek itu menjelang 2022. Katanya, kejayaan dicapai menerusi penembusan mesin pengorek terowong (TBM)…










