MERIAH. Pelbagai acara menarik berlangsung dengan jaya sempena Program Santai Seni Disember 2018 anjuran Persatuan Teater Alor Setar di Menara Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Semua acara disusun termasuk persembahan nyanyian, deklamasi puisi, syair, tarian dan lain-lain bermula pukul 8.45 malam hingga 12 tengah malam.
Pengarah program itu, Dzulkamal Ismail berkata, tarian kurek kundi dan tarian ngajat jampi bersama pahlawan Iban yang lengkap berkostum diikuti menyumpit belon bersama penonton menarik perhatian penonton.










