PRK DUN Semenyih: Pas tidak letak calon - Utusan Malaysia

PRK DUN Semenyih: Pas tidak letak calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Pas tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sekali gus memberi laluan kepada wakil Barisan Nasional (BN) untuk bertanding.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut diambil pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang semalam.


“Menerusi keputusan ini maka Pas akan memberikan laluan kepada wakil pembangkang iaitu BN yang memperoleh sokongan undi lebih besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.


“Pas mengharapkan PRK ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan wakil pembangkang terutama dalam DUN Selangor. Proses semak dan imbang dimainkan oleh pembangkang yang konstruktif akan memberikan kebaikan kepada rakyat Selangor khususnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan dengan itu juga, jelas Takiyuddin, Pas akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat untuk membantu pihak pembangkang dalam menghadapi PRK DUN Semenyih.


“Pas juga akan menyeru dan mengarahkan ahli-ahlinya di kawasan ini supaya turun mengundi sebagaimana pendirian parti bagi memberi sokongan kepada calon yang mewakili pembangkang nanti,” katanya.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN