PRK Cameron Highlands: Tun Mahathir turun kempen 25 Januari - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Tun Mahathir turun kempen 25 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LIPIS – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadual turun berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada hari terakhir kempen, 25 Januari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah tentu akan membantu meningkatkan sokongan kepada PH.

“Kami meletakkan harapan pada beliau,” katanya pada sidang akhbar sewaktu melancarkan slogan PH ‘Pembangunan Bersama Harapan’ di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Fuziah Salleh dan calon PH bagi PRK berkenaan M. Manogaran.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, aturcara Mahathir sepanjang kempennya di kawasan Parlimen berkenaan belum diputuskan lagi. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN