KUALA LUMPUR 7 Jan. – MIC menegaskan partinya tidak menerima sebarang permintaan daripada UMNO untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Januari ini. Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri S. Vell Paari sebaliknya berkata, hanya terdapat permintaan agar MIC meletakkan calon boleh menang. Kata beliau, ketika ini, MIC dalam proses penelitian dan saringan beberapa ahli parti untuk diletakkan sebagai calon di kawasan…










