CAMERON HIGHLANDS – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memandang serius mengenai laporan berhubung pihak-pihak yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands melakukan pelanggaran undang-undang, peraturan dan etika kempen. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, antara laporan yang diterima pihaknya mengenai kesalahan yang dilakukan seperti penggunaan aset kerajaan dan bermain dengan isu sensitiviti bangsa serta agama dalam kempen yang dilakukan mereka. “Mengenai isu penggunaan kenderaan jabatan kerajaan semasa berkempen, SPR…








