KUALA LIPIS – Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoal tindakan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran memakai baju berlogo parti dalam perkarangan pusat pengundian yang disifatkannya sebagai sengaja mencabar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau berkata, tindakan bertentangan dengan akta SPR dibuat calon PH bersama jenteranya bermula sejak penamaan calon sehingga ke hari ini, berhubung perkara seperti pengedaran duit minyak, penggunaan kenderaan kerajaan, pemberian sumbangan dan bantuan…










