KUANTAN – Parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands diminta tidak memasang bahan kempen di premis atau pepasangan elektrik milik Tenaga Nasional Bhd. (TNB). TNB dalam kenyataan media di sini hari ini berkata, perbuatan memasang bahan kempen di premis milik syarikat utiliti itu adalah berbahaya dan berisiko mengakibatkan renjatan elektrik dan percikan arka yang boleh merosakkkan benda dan mengancam nyawa. “Larangan ini termasuk menampal atau menggantung…










