PRK Cameron Highlands: Calon bebas Abang Topi selesai mengundi - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Calon bebas Abang Topi selesai mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS – Calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Wong Seng Yee selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bertam Valley di sini sebentar tadi. 

Seng Yee yang mesra dikenali dengan panggilan Abang Topi berkata, dia teruja dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi serta gembira dapat menyampaikan misi dan visinya untuk membela warga petani serta menyelesaikan masalah tempatan. 

“Saya teruja dapat mengundi di sini pada pagi ini dan gembira telah menyampaikan manifesto saya kepada orang ramai sepanjang tempoh berkempen. 

“Sekiranya saya dipilih untuk menjadi wakil rakyat di sini, saya akan menunaikan janji-janji saya seperti yang terkandung di dalam manifesto saya manakala jika sebaliknya, saya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi membincangkan masalah dan pembangunan di Cameron Highlands ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di SJKC Bertam Valley pada pukul 8.25 pagi. 

Terdahulu, Seng Yee yang hadir sendirian pada pukul 7.55 pagi itu mula memasuki pusat mengundi apabila ia dibuka pada pukul 8 pagi sebelum beratur bersama orang ramai. 

Selain Seng Yee, seorang lagi calon bebas, Sallehudinn Ab. Talib turut mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan 1 manakala calon Barisan Nasional, Ramli Mohd. Nor dan calon Pakatan Harapan, M. Manogaran pula tidak mengundi di sini. 

Seramai 31,749 penduduk di parlimen Cameron Highlands merangkumi Dewan Undangan Negeri Tanah Rata dan Jelai layak mengundi sempena PRK ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×