PRK Cameron Highlands: BN nafi terlibat poster rasis, burukkan calon - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: BN nafi terlibat poster rasis, burukkan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS – Barisan Nasional (BN) menafikan pihaknya terlibat dalam mengeluarkan poster berbentuk rasis dan memburukkan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau belum melihat poster tersebut namun yakin ia bukan dikeluarkan pihaknya. 

“Kemungkinan poster tersebut dikeluarkan oleh individu tertentu yang tiada kaitan dengan BN. 

“Kita berkempen secara sihat dan hanya menonjolkan calon BN, Ramli Mohd. Nor yang merupakan anak Orang Asli, anak tempatan serta mempunyai pengalaman dan jawatan tinggi dalam Polis Diraja Malaysia sebelum ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Mesyuarat Bersama MCA Cameron Highlands di Brinchang di sini hari ini. 

Tambah Mohamad, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai poster tersebut kerana ia bukan perbuatan daripada BN malah beliau tidak akan membenarkan perkara tersebut berlaku di dalam BN. 

Terdahulu, Manogaran berang selepas poster yang mengandungi gambarnya dan tulisan ‘DAP Hindu Bunuh Adib’ tersebut yang didakwanya tersebar di media sosial sejak semalam. 

Menurut Mohamad, penduduk Cameron Highlands akan mendapat gandingan mantap antara Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang merupakan Menteri Besar Pahang dan Ramli sebagai wakil Orang Asli di Parlimen sekiranya BN berjaya mempertahankan kerusi parlimen itu. 

“Dua tokoh ini dilihat mampu menyelesaikan isu yang dihadapi masyarakat tempatan melalui kerajaan negeri dan suara yang dibawa ke Parlimen. Rugi jika penduduk di sini tidak memilih calon BN untuk ke Parlimen.

“Menteri Besar sendiri telah memulakan langkah positif memberikan permit kepada peladang yang meneroka tanah secara haram,” katanya. – K! ONLINE

Mohamad (tujuh dari kanan) bergambar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama MCA di PDM Brincang,Mohamad (tujuh dari kanan) bergambar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama MCA di PDM Brincang, Cameron Highlands hari ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×