BEIJING – Penduduk China dijangka mencapai kemuncaknya pada tahun 2029 seramai 1.44 bilion orang sebelum menyusut, demikian menurut laporan pemerintah seperti yang dilaporkan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. Laporan oleh Akademi Sains Sosial China (CASS) tersebut mencadangkan agar pemerintah melaksanakan dasar efektif untuk berdepan dengan tenaga buruh yang lebih kecil dan populasi lebih berusia. “Gabungan kedua-dua perubahan itu boleh menyebabkan impak sosial dan ekonomi yang sangat tidak diingini,” jelas laporan yang diterbitkan dalam Buku Hijau Kependudukan dan Buruh CASS. Tambah laporan itu, pertumbuhan populasi usia bekerja kini terencat, manakala kadar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya