KUALA LUMPUR – Sebarang isu kewangan membabitkan Pilihanraya Kecil (PRK) Cameron Highlands akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara terbabit beberapa hari lalu.
“Kita telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara ini dan isu kewangan akan diserahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan.
“Kita juga tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di sini hari ini.
Dalam majlis terbabit menyaksikan Datuk Nerita Yaacob menjadi Timbalan Pengarah Pengurusan (latihan) yang baharu menggantikan Datuk T. Narenasagaran.
Narenasagaran pula dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis Pulau Pinang menggantikan Datuk A Thaiveegan yang bersara wajib berkuatkuasa esok. – K! ONLINE










