KOTA KINABALU 3 Jan. – Kehadiran pelajar Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah di sini pada hari pertama sesi persekolahan 2019 semalam bukan sahaja disambut oleh guru, malah oleh pegawai polis. Ini bersempena pelaksanaan Program Back To School Polis Daerah Kota Kinabalu yang memilih sekolah tersebut dengan pegawai polis bersama beberapa guru menyambut kehadiran pelajar di pagar masuk sekolah itu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata pelaksanaan program itu bagi memastikan aspek keselamatan membabitkan trafik di jalan raya depan sekolah itu berjalan lancar pada hari pertama sesi persekolahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya