Polis Sabah tembak mati lelaki jadikan kanak-kanak tawanan - Utusan Malaysia

Polis Sabah tembak mati lelaki jadikan kanak-kanak tawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN – Polis Sabah menembak mati seorang lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tawanan di sebuah apartmen di Telipok, dekat sini petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, tindakan itu diambil selepas suspek cuba mencampak kanak-kanak tersebut dari tingkap dapur sebuah unit di tingkat empat pangsapuri berkenaan kira-kira 6 petang tadi.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di lokasi kejadian, Omar berkata, terdahulu polis menerima laporan seorang kanak-kanak perempuan diculik seorang lelaki tidak dikenali pada 4 petang.

“Di tingkat empat blok apartmen ini ada sebuah gerai dan suspek pergi ke gerai itu sebelum secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dan menangkap kanak-kanak tersebut yang berada di luar gerai dan mengurungnya di unit rumah tersebut,” katanya.

Katanya, suspek yang dianggar berusia 30-an sebelum itu mengarahkan penghuni unit berkenaan keluar dari rumah. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN