JOHOR BAHRU – Polis menafikan penularan dakwaan palsu di media sosial berhubung penemuan mayat kanak-kanak lelaki di Dusun Damai, Pagoh, Muar hari ini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan dan mendapati itu merupakan kes kehilangan kanak-kanak di Seberang Perai pada 22 Januari lalu. Katanya, kanak-kanak terbabit telah ditemui dalam keadaan selamat di sebuah pasar raya di Pulau Pinang. “Sehubungan itu, polis menasihati pengguna…