Poland pertimbangkan pengharaman produk Huawei - Utusan Malaysia

Poland pertimbangkan pengharaman produk Huawei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW 13 Jan.- Kerajaan Poland akan mempertimbangkan pengharaman penggunaan produk Huawei oleh badan awam dan mengetatkan undang-undang bagi penggunaan produk jenama itu dalam kalangan warganegaranya.

Tindakan itu adalah susulan kepada penangkapan kakitangan syarikat tersebut dan seorang lelaki warga Poland yang didakwa menjadi pengintip bagi kerajaan China.

Wakil kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan siber, Karol Okonski berkata setakat ini belum ada perubahan polisi secara mendadak dilakukan terhadap syarikat telekomunikasi gergasi tersebut.

Namun katanya penggunaan produk yang dikeluarkan syarikat itu mungkin akan dikaji semula.

“Kita akan kaji sama ada keputusan memerlukan penggunaan produk Huawei dihentikan,” katanya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN