Pochettino pernah sokong United untuk 1 malam - Utusan Malaysia

Pochettino pernah sokong United untuk 1 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 Jan. – Mauricio Pochettino pernah menjadi penyokong Manchester United untuk satu malam dan semuanya berpunca daripada Ole Gunnar Solskjaer.

Pengendali dari Argentina itu mengakui dia ‘menjerit dan meraikan’ kejayaan United selepas bekas bintang Norway itu meledak jaringan kemenangan buat Red Devils dalam aksi final Liga Juara-Juara 1999.

Dia mendedahkan bahawa dia dan rakan sepasukannya di Espanyol ketika itu dan kini merupakan jurulatih penjaga gol Tottenham, Toni Jimenez hadir ke Nou Camp untuk menyaksikan perlawanan di antara United dan Bayern Munich sebagai penyokong berkecuali.

“Tetapi cara saya menjerit ketika United menjaringkan gol adalah luar biasa.

“Minit ke-90 ketika Teddy Sheringham menjaringkan gol, ketika itu Peter Schmeichel naik ke kawasan penalti lawan.

“Ketika itu, Solskjaer meledak jaringan kemenangan, kami menjerit, meraikan kemenangan tetapi saya tidak tahu kenapa kerana ketika itu kami hadir sebagai penyokong bebas,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN