KUALA LUMPUR- Plus Malaysia Bhd. (Plus) buat pertama kalinya akan membuka laluan kecemasan di dua buah lokasi kritikal sempena sambutan Tahun Baru Cina dalam usaha mengurangkan kesesakan aliran trafik ketika musim perayaan.
Pengarah Urusan Plus, Datuk Azman Ismail berkata, pembukaan lorong kecemasan itu melibatkan laluan di Kilometer (KM) 367 antara Slim River ke Sungkai (arah utara) serta Simpang Pulai ke Gopeng (arah selatan) di KM 287.
“Lorong kecemasan sepanjang 7KM di arah utara akan dibuka selama empat hari bermula 1 Februari manakala bagi laluan selatan ianya akan dibuka pada 9 hingga 10 Februari iaitu selepas sambutan Tahun Baru Cina.
“Pembukaan laluan kecemasan tersebut merupakan projek perintis dilaksanakan Plus dan akan diteruskan pada musim perayaan seterusnya sekiranya mendapat maklum balas positif,” katanya pada pemberita pada Majlis Apresiasi Media Sempena Tahun Baru Cina di sini tadi. – K! ONLINR










