KUALA LUMPUR 10 Jan. – PKR hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baharu bagi negeri-negeri Semenanjung selepas mengadakan rundingan di peringkat akar umbi.
Ketua AMK, Akmal Nasir berkata, rundingan tersebut melibatkan ketua AMK peringkat cabang selain mendapatkan nasihat daripada Pengerusi-pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
“Hal ini selaras dengan Perkara 12.4 Peraturan Tetap AMK 2014. Bagi pelantikan Ketua AMK Sabah dan Sarawak pula akan diumumkan dalam masa terdekat selepas proses rundingan selesai.
“Semoga Ketua AMK Negeri yang dilantik ini dapati memberi khidmat terbaik bagi memastikan PKR terus maju dalam melaksanakan agenda reformasi,” katanya dalam kenyataan di sini.
Berikut ialah senarai Ketua AMK bagi negeri-negeri di Semenanjung:
Perlis – Nor Azam Karap
Kedah – Mohammed Firdaus Johari
Pulau Pinang – Fahmi Zainol
Perak – Mohamad Hairul Amir Sabri
Selangor – Najwan Halimi
Wilayah Persekutuan – Naim Brundage
Negeri Sembilan – Ahmad Izzudin Ismail
Melaka – B. Prasanth Kumar
Johor – R. Yuneswaran
Pahang – Mohd. Mustaqim Abdul Jalil
Terengganu – Mohd. Huzaifah Md. Suhaimi
Kelantan – Muhd. Hafiz Muhd. Kasasi. – UTUSAN ONLINE










