IPOH 23 Jan. – PKNP FC mengikat bekas pemain import Perak, Yashir Pinto selama setahun bagi mengharungi kempen Liga Super dan Piala Malaysia pada musim ini, kata presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. Beliau berkata, keputusan untuk menandatangani khidmat pemain kebangsaan Palestin itu dibuat selepas perbincangan dilakukan oleh pihak pengurusan berdasarkan pengalamannya beraksi dalam saingan liga di negara ini bersama Perak dan Melaka. “Beliau dah biasa dan sinonim dengan persekitaran…










