PH, Mahathir setuju - Utusan Malaysia

PH, Mahathir setuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Presiden PKR. Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pernah memberi kenya­taan bahawa terdapat konspirasi dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan, apa yang beliau maksudkan adalah terdapat elemen tertentu yang mungkin tidak bersetuju de­ngan pelan peralihan kuasa di antaranya dan Dr. Mahathir.

“Saya tidak pernah berkata begitu, berita palsu tidak akan dilayan. Ia satu proses demokrasi. Apa yang penting PH bersetuju dan Dr. Mahathir dan saya telah bersetuju,” katanya.

ANWAR IBRAHIM
ANWAR IBRAHIM 

Beliau ber­kata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Maj­lis Pre­siden PH yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir di sini hari ini.

Sementara itu, dalam sidang akhbar tersebut, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH menjelaskan, perkara berkenaan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum.

Kata beliau, jika sensitiviti itu tidak diberi perhatian, kerajaan tentunya tidak akan mendapat sokongan daripada rakyat.

“Saya tak kata saya tolak (UEC), saya cuma kata ada sensitiviti dalam kalangan orang Melayu dalam perkara ini dan kita mengambil kira semua sensitiviti termasuk sensitiviti orang Cina dan orang India, orang Asli dan suku-suku kaum di Malaysia.

“Kita sensitif, ji­ka kita tak sensitif maka kita tidak akan mendapat soko­ngan daripada rakyat. Saya ingin peringatkan kita semua bahawa kita mesti mengambil kira pandangan semua kaum tidak satu kaum sahaja,” tegas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN