KUALA LUMPUR 14 Jan. – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini memberi peringatan kepada pemilik akaun Twitter, #TeamSaddiq kerana mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit di salah sebuah rangkaian stesen minyak milik syarikat itu.
Terima kasih singgah stesen PETRONAS!
Walaubagaimanapun, keselamatan tetap di utamakan. Jangan guna telefon berdekatan pam minyak ya. Terima kasih juga kepada semua yang sangat prihatin! https://t.co/8x24IhObdf
— PETRONAS Brands (@Petronasbrands) January 14, 2019
Syarikat itu melalui hantaran dalam Twitter memberi peringatan tersebut demi keselamatan semua pihak selain memastikan peralatan yang digunakan tidak mencetuskan kebakaran dan jarak mengambil gambar selamat.
“Terima kasih singgah stesen Petronas!. Walaubagaimanapun, keselamatan tetap diutamakan. Jangan guna telefon berdekatan pam minyak ya. Terima kasih juga kepada semua yang sangat prihatin!
“Keselamatan adalah keutamaan kami untuk kesejahteraan semua. Peringatan harus diberi demi keselamatan,” jelasnya.
Hantaran Petronas itu bagi mengulas tindakan pemilik akaun #TeamSaddiq merakamkan foto yang dikongsikan dalam laman Twitter dengan memaparkan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang bersandar di kereta miliknya sambil mengisi minyak. – UTUSAN ONLINE










