Peti aduan polis saluran maklumat di masjid - Utusan Malaysia

Peti aduan polis saluran maklumat di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Peti aduan polis akan diperluaskan di 22 buah masjid di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sebagai saluran utama penyampaian maklumat berhubung jenayah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan rekod sebanyak 48 laporan polis telah diterima pihaknya berhubung jenayah terutama berkaitan curi tabung masjid dan kenderaan di kawasan masjid.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 10 buah kertas siasatan telah dibuka pihaknya.

“Langkah ini bagi memastikan sikap tanggungjawab di kalangan kariah 22 buah masjid untuk bersama-sama membanteras jenayah.

“Setiap masjid juga akan diberikan seorang Pegawai Perhubungan Awam masjid sebagai moderator kepada mereka berhubung kes-kes jenayah,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Peti Aduan Polis dan Sudut Info Polis di Masjid Kampung Raja Uda di sini hari ini.

Jelas Shamsul, setiap pegawai yang ditugaskan itu perlu melawat sekurang-kurangnya dua kali sebulan jemaah masjid dalam mendengar sebagai pemasalahan mereka.

“Ini umpama serampang dua mata iaitu mengurangkan jenayah dan mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×