Roda masa kian bergerak pantas dan waktu berlalu dalam sekelip mata. Menyedari hidup perlu dipenuhi dengan kegembiraan, pusat beli-belah Sunway Velocity Mall yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur menutup tirai 2018 dengan sambutan paling meriah. Tanggal 31 Disember 2018, beribu-ribu pengunjung membanjiri pusat beli-belah itu untuk meraikan Ambang Tahun Baharu dalam gaya tersendiri. Seawal pukul 12 tengah hari, bahang sambutan sudah terasa di pekarangan Jalan Peel berhadapan pusat beli-belah tersebut.…










