Pesona rekaan klasik moden - Utusan Malaysia

Pesona rekaan klasik moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mewah, eksklusif dan kelas tersendiri. Ciri-ciri ini menjadi kelainan butik C’La Exclusive yang mengetengahkan rekaan klasik moden. Pendek kata, si pemakai kelihatan anggun dengan pakaian potongan tradisional yang dimodenkan.

Tidak ketinggalan, setiap rekaan sama ada kurung moden, blaus dan seluar memenuhi ciri-ciri suai padan. Jenama yang mula bertapak pada 2016 ini boleh digayakan ke mana sahaja sama ada majlis rasmi atau santai.

Menurut pengasasnya, Siti Norhasilah Ahmad Saufian Nasauri, 34, konsep suai padan lebih menjimatkan dan tidak perlu membeli banyak kerana setiap baju, skirt atau seluar boleh dipadankan dengan pakaian lain.

Mengekalkan rekaan klasik seperti kurung Kedah, batik dan baju kurung tradisional, Siti Norhasilah turut mengetengahkan elemen mewah. Rekaan ini mungkin biasa tetapi diselitkan gaya eksklusif supaya si pemakainya suka selain yakin dengan ketrampilan mereka.

Bercerita tentang pemilihan fabrik, Siti Norhasilah gemarkan ciri premium dan eksklusif. Menariknya, dia akan menguji kualiti fabrik dan memakainya sendiri sebelum dipasarkan. Penggunaan warna terang, asas, lembut selain corak moden, klasik dan minimalis menjadi pilihan untuk menghasilkan pakaian kasual butik ini yang turut menjadi ciri uniknya.

“Saya amat mementingkan pemilihan fabrik. Oleh itu, penting bagi saya memilih fabrik terbaik untuk dijadikan pakaian. Selain itu, saya juga memen­tingkan rekaan dan setiap rekaan yang dihasilkan akan disemak sebelum dijual kepada pelanggan. Kualiti menjadi keutamaan C’La Exclusive.

“Kita seboleh-bolehnya mahu menghasilkan rekaan ringkas dan minimalis tapi mampu membuat si pemakai tampil anggun dan memukau. Sebelum menghasilkan koleksi ini, kami sudah mengenal pasti rekaan mana yang digemari pelanggan selain mengambil kira fabrik digunakan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, perancangannya pada masa akan datang mahu menghasilkan lebih banyak rekaan kasual dan sesuai untuk kegunaan harian. Tahun 2019 ialah untuk menghasilkan produk yang boleh dipakai ke pejabat atau untuk pakaian harian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN