Pesawat kargo masuki ruang udara tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Pesawat kargo masuki ruang udara tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 14 Jan. – Dua pesawat pejuang F-16 Indonesia mengarahkan pesawat kargo Ethiopian Airlines mendarat di lapangan terbang di Batam selepas didapati memasuki ruang udara Indonesia tanpa kebenaran.

Jurucakap Tentera Udara Indonesia, Marsyal Pertama Novyan Samyoga berkata, pesawat Boeing 777 itu dikawal tentera di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam.

Ketua Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Suwarso memberitahu, pesawat kargo ETH 3728 itu berlepas dari Addis Ababa dan menuju ke Hong Kong.

Pegawai di Ethiopian Airlines tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×