Pertimbang mekanisme pemberian diskaun PTPTN - Utusan Malaysia

Pertimbang mekanisme pemberian diskaun PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) diminta untuk mempertimbangkan mekanisme pemberian diskaun bagi bayaran balik pinjaman tersebut seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Nasional, Muhamad Haziq Shafe’ee berkata, langkah itu termasuk mengembalikan semula faedah diskaun seperti 10 peratus bagi pembayaran secara konsisten dalam tempoh setahun dan potongan 20 peratus bagi pembayaran keseluruhan pinjaman.

“Melihatkan kepada situasi semasa terhadap isu PTPTN, kami mahasiswa seluruh Malaysia, meminta kerajaan melalui tabung pendidikan ini untuk mempertimbangkan semula kaedah pemberian diskaun kepada peminjam seperti yang telah dilaksanakan selama ini sehingga tahun lalu.

“Ini kerana, kaedah tersebut dapat mengurangkan beban kos mahasiswa selepas tamat belajar kelak kerana ada diantara mereka sukar untuk mendapat pekerjaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu wakil tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada persatuan mahasiswa Malaysia hadir menyerahkan Memorandum Mahasiswa kepada PTPTN kepada Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×