Perselisihan Qatar, negara-negara Arab berpanjangan - Utusan Malaysia

Perselisihan Qatar, negara-negara Arab berpanjangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 13 Jan. – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo menegaskan perselisihan antara Qatar dan negara-negara Arab telah berlanjutan untuk tempoh yang panjang.

“Kita akan lebih kuat jika kita bekerjasama dan mengehadkan pertikaian. Apabila kita mempunyai cabaran yang sama, perselisihan antara negara dengan perkongsian objektif tidak akan membantu,” katanya dalam sidang akhbar di Qatar.

Pada Jun 2017, Arab Saudi dan beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, sekali gus menggugat kesatuan negara-negara Teluk itu yang telah berlangsung selama 36 tahun.

Menurut kenyataan Arab Saudi, keputusan tegas itu dibuat ekoran ‘pelanggaran me­lam­pau pihak berkuasa Qatar se­jak beberapa tahun lalu’ selain tindakannya melindungi sejumlah pengganas dan kumpulan pelampau yang cuba menggugat rantau ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN