Perompak cedera parah dibelasah peninju wanita UFC - Utusan Malaysia

Perompak cedera parah dibelasah peninju wanita UFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Tindakan seorang perompak yang cuba menyamun mangsanya mengundang padah apabila dia dibelasah teruk dalam satu kejadian di Jacarepagua di sini baru-baru ini.

Suspek lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu menggunakan senjata pistol palsu yang diperbuat kadbod ketika cuba merompak Polyana Viana, 26. Mangsa pada ketika itu sedang menunggu ketibaan pemandu Uber ke satu lokasi yang tidak dinyatakan.

Berdasarkan laporan, Polyana Viana, 26, adalah salah seorang peserta wanita Ultimate Fighting Championship (UFC), membelasah suspek hingga berlumuran darah.

Suspek dikatakan mengarahkan Viana untuk menyerahkan telefon bimbit, namun rompakan itu gagal selepas mangsa segera menumbuk dan menendang lelaki itu sebelum mencekiknya hingga polis tiba.

Viana meminta bantuan pejalan kaki di situ untuk menghubungi polis selepas menyedari suspek enggan melawan balik.

Polis kemudiannya membawa lelaki itu ke hospital dan siasatan mendapati, suspek baru sahaja dibebaskan bagi satu kesalahan jenayah lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN