Perokok tak gentar denda RM10,000, penjara - Utusan Malaysia

Perokok tak gentar denda RM10,000, penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun bagi mereka yang didapati bersalah dilihat langsung tidak menggentarkan perokok untuk merokok di kawasan larangan.

Walaupun peraturan larangan merokok yang diwartakan mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah berkuat kuasa bermula hari ini, tetapi masih ramai individu yang berani merokok di premis restoran secara terbuka.

Bahkan, ada dalam kalangan perokok yang tidak mengendahkan tanda larangan merokok yang ditampal pemilik restoran di kawasan premis makanan dan dengan bersahaja merokok secara berjemaah tanpa ada sedikit perasaan malu.

Tinjauan Utusan Malaysia di premis makanan sekitar ibu kota mendapati banyak restoran yang seolah-olah reda dengan sikap pelanggan mereka merokok secara terbuka.

Cabaran untuk menangani sikap perokok ini bukan sahaja perlu ditangani pemilik restoran, malah penguatkuasaan Kementerian Kesihatan juga turut menjadi perhatian orang ramai sebelum peraturan ini diwartakan lagi.

Apa pun, Kementerian Kesihatan perlu memastikan larangan merokok dikuatkuasakan secara menyeluruh demi kebaikan semua pihak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN