KUALA LUMPUR 14 Jan. – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan membuka permohonan sewa premis perniagaan bagi zon Rawang, Selayang, Gombak dan zon-zon pasar bermula esok.
MPS dalam satu kenyataan berkata, tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari manakala masa dan tempat temuduga akan dimaklumkan kemudian melalui telefon.
“Antara syarat utama penyewaan harta MPS adalah menjalankan perniagaan sendiri, rekoad bayaran sewa tanpa gagal pada setiap bulan serta mempunyai lesen yang sah daripada MPS dan perlu mempamerkannya.
“Orang ramai yang berminat untuk memohon boleh mendapatkan borang permohonan di Bahagian Pengurusan Harta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS atau hubungi di talian 03-61265917. – UTUSAN ONLINE










