KANGAR 24 Jan. – Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali membuktikan kemampuan apabila dua jaringannya berjaya membantu Perlis membenam kelab Thailand, Pattani FC 4-3 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini malam ini. Dalam aksi menarik itu, Safee berjaya membuka tirai jaringan Perlis seawal minit ke-16 apabila bijak menyempurnakan hantaran pemain import, Valci Teixeira Junior gagal diselamatkan penjaga gol pasukan pelawat, Muhammad Jheha. Kegembiraan Perlis tidak bertahan lama,…










