GUA MUSANG – Seekor gajah liar jantan yang berkeliaran di Kampung Sungai Bayu di sini dan berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Jumaat lepas, dipindahkan ke Taman Negara Terengganu. Operasi pemindahan gajah berumur antara 15 hingga 18 tahun dan seberat dua tan metrik itu dilakukan hari ini menggunakan dua gajah denak iaitu “abot” dan “rambai” dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang. Timbalan Pengarah Perhilitan Kelantan, Adnan Ismail berkata, gajah liar berkenaan dipercayai sudah beberapa minggu berkeliaran di kampung itu menyebabkan pihaknya bertindak segera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya