PETALING JAYA 31 Jan. – Perbicaraan kes pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari yang didakwa menampar anggota polis trafik dan menggunakan dadah dilapangkan pada hari ini berikutan peguam yang mewakilinya masih belum sembuh daripada kecederaan berikutan kemalangan yang dialami, minggu lalu. Peguam Mohd. Hafiz Zainol Abidin yang menyebut bagi pihak peguam bela, Megat Syazlee Mokhtarom memohon tarikh baru perbicaraan pada sebutan semula kes itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham…










