SEREMBAN 8 Jan. – Malaysia akan mengambil kesempatan daripada perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China untuk menarik kedatangan para pelabur antarabangsa ke negara ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, terdapat minat yang semakin bertambah dalam kalangan pelabur untuk datang ke sini sejak perang dagangan berkenaan dan pertukaran kerajaan selepas pilihan raya umum lalu. Selain pelabur baharu katanya, terdapat juga pelabur yang telah meninggalkan negara…










