Penyokong berang Chelsea dimalukan - Utusan Malaysia

Penyokong berang Chelsea dimalukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 31 Jan. – Penyokong Chelsea melepaskan kemarahan kepada pengurus pasukan, Maurizio Sarri selepas Blues dimalukan 4-0 oleh Bournemounth dalam aksi Liga Perdana Inggeris, hari ini.

Penyokong mengejek Sarri dan melaungkan ‘kamu tidak tahu apa yang kamu lakukan’ selepas jurulatih itu memasukkan Gonzalo Higuain yang gagal menyerlah pada penampilan sulungnya dalam Liga Perdana.

Higuain, 31, yang sebelum ini diturunkan menentang Sheffield Wednesday dalam Piala FA, Ahad lalu akhirnya dikeluarkan pada minit ke-64 untuk memberi laluan kepada Olivier Giroud.

Joshua King muncul wira Bournemouth apabila meledak dua gol di Stadium Vitality manakala dua lagi jaringan tuan rumah disempurnakan oleh David Brooks dan Charlie Daniels.

Chelsea kini terkeluar daripada kelompok empat teratas selepas berkongsi 47 mata bersama pasukan tangga keempat, Arsenal manakala Tottentam menghuni tempat ketiga selepas mengalahkan Watford 2-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×