Penyimpan Mohor Besar Raja-raja sembah ampun terlupa nama Raja Perlis - Utusan Malaysia

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja sembah ampun terlupa nama Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung upacara melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdebar apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad terlupa nama penuh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Istiadat di Balairung Seri itu diadakan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi.

Syed Danial terlupa nama penuh Raja Perlis ketika menyebut nama saksi-saksi selain Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Berdasarkan rakaman, Sultan Selangor dilihat cuba membantu Syed Danial memperbetulkan sebutannya.

Syed Danial meneruskan upacara tanpa menyebut nama penuh Tuanku Syed Sirajuddin, sebaliknya beliau hanya menggunakan “Raja Perlis” sebagai mewakili Baginda.

Selepas itu, beliau memohon maaf sembah ampun secara terbuka selepas Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar selesai membacakan doa.

“Patik hamba Allah dengan harapan yang paling tinggi memohon agar patik tidak dimurkai kerana teralpa menyebut nama penuh Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai Raja Perlis.

“Patik mohon ampun dan dirgahayu Majlis Raja-Raja tuanku,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN