DHAKA 24 Jan. – Penyiasat bebas hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat sebuah pulau terpencil, Bhashan Char yang akan menjadi pusat pemindahan baharu pelarian Rohingya susulan kebimbangan terdedah kepada cuaca melampau. Bangladesh membelanjakan AS$280 juta (RM1.16 bilion) untuk mengubah pulau kecil berlumpur yang muncul kira-kira dua dekad lalu menjadi penempatan baharu bagi pelarian tersebut. Bagaimanapun bencana alam telah membunuh ratusan ribu orang berhampiran pulau tersebut dalam beberapa dekad…










