Penunggang motosikal maut rempuh van - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut rempuh van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 6 Jan. – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah van di Kilometer 31, Jalan Bahau – Kemayan di sini pagi tadi. 

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Riduan Che Rosli, 25, disahkan meninggal di lokasi kemalangan akibat cedera parah di kepala dan badan. 

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC datang dari arah Kemayan, Pahang menghala ke Lui Selatan di sini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang tidak memakai topi keledar telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van jenis Nissan dipandu lelaki berusia 71 tahun. 

“Mangsa yang merupakan penganggur terjatuh di atas jalan raya manakala van itu pula terbabas ke kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, mayat mangsa yang berasal dari Kemayan telah dihantar ke Hospital Jempol, manakala pemandu van yang juga pekebun cedera ringan dan dirawat di klinik di LuI Muda. 

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini