JEMPOL 6 Jan. – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah van di Kilometer 31, Jalan Bahau – Kemayan di sini pagi tadi. Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Riduan Che Rosli, 25, disahkan meninggal di lokasi kemalangan akibat cedera parah di kepala dan badan. Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC datang dari arah Kemayan, Pahang menghala ke Lui Selatan di sini. “Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang tidak memakai topi keledar telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya