Penunggang Honda EX5 maut kemalangan elak lembu - Utusan Malaysia

Penunggang Honda EX5 maut kemalangan elak lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Gara-gara mengelak sekumpulan lembu, seorang penjawat awam maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditungganginya terbabas lalu merempuh sebuah kereta sewa di Kilometer 18.5, Jalan Paka-Al Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, Zahawi Ngah, 60, yang merupakan pemandu di Jabatan Pertanian Hulu Paka dekat sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian, Zahawi dalam perjalanan mengambil beberapa dokumen berhubung persaraannya di pejabat yang terletak di Bandar Ketengah Jaya dekat sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa cuba mengelak sekumpulan lembu yang tiba-tiba melintas jalan lalu terbabas sebelum merempuh sebuah kereta sewa dari laluan bertentangan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN