Penumpang 'tersadai' pemandu tiada lesen - Utusan Malaysia

Penumpang ‘tersadai’ pemandu tiada lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 18 JAN. – GARA_GARA sebuah bas persiaran disita kerana pemandunya tiada lesen, seramai 20 penumpang kenderaan itu terpaksa berpindah bas dalam operasi bersepadu pihak berkuasa di Bukit Yong di sini malam tadi.

Bas dari Kota Bharu menuju ke Johor Bahru itu disita dalam Op Pengangkutan Berat dijalankan pihak trafik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Ke­lantan, Superintenden S. Markandan berkata, pemandu bas dalam lingkungan usia 30-an itu mengaku aktif membawa pe­numpang sejak setahun lalu walaupun tidak memiliki lesen.

Menurutnya, memandang­kan­ bas itu telah disita, syarikat pengendali diarah menguruskan pemindahan penumpang untuk menaiki bas lain.

“Kita yakin masih ada pemandu berani memandu bas persiaran dan ekspres walaupun mereka tidak memiliki le­sen sah. Mereka fikir boleh terlepas kerana menyangka pihak berkuasa tidak menjalankan pemeriksaan.

“Bagi saya, pengusaha syarikat bas yang terbabit sebenarnya tidak amanah kerana membiarkan perkara itu berlaku sedang­kan keselamatan penumpang adalah di bawah tanggungjawab mereka,” katanya ketika ditemui di sini.

Markandan memberitahu, ope­rasi bersepadu bermula pada pukul 9 malam hingga 3 pagi tersebut turut melakukan saringan ujian air kencing terhadap kira-kira 60 penumpang pengangkutan awam.

Daripada jumlah itu katanya, 10 penumpang ditahan kerana didapati positif dadah.

“Sebanyak 500 kenderaan berat diperiksa dan 30 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang operasi dilakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×