KENINGAU 8 Jan. – Penjawat awam di negeri ini perlu bergerak sebagai satu pasukan bagi membentuk gandingan yang mantap dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bahari Hassan berkata mereka perlu positifkan minda dengan menjadikan setiap kelemahan dan kekurangan sebagai satu kelebihan serta peluang untuk menghasilkan sesuatu lebih kreatif dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan. Beliau berkata dalam usaha memperkukuh daya saing negara, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk…










