Pengusaha inap desa warga Australia ditetak  - Utusan Malaysia

Pengusaha inap desa warga Australia ditetak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN 25 Jan. – Seorang pengusaha inap desa warga Australia cedera parah ditetak dengan parang selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki berhampiran Kampung Kiwoi di Tamparuli, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Dzulbaharin Ismail berkata mangsa, 46, yang berkahwin dengan warga tempatan itu, mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, belakang dan kepala dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang.

“Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham dengan suspek berkenaan menyebabkan suspek tersebut berasa tidak puas hati lalu mengeluarkan parang dan mengejar dan menetak mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata selepas mangsa ditetak, suspek berusia 30-an itu bertindak melarikan diri ke dalam hutan berhampiran. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan.

Menurutnya, polis sedang giat menjalankan operasi mengesan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN