Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali dalam ruangan Genius Corner pada tahun ini bersama topik baharu Python. Seperti dijanjikan, ruangan ini akan tampil dengan topik segar setiap tahun. Bermula 2017, Python diperkenalkan di sekolah menengah sebagai langkah mempersiapkan pelajar untuk alam pekerjaan. Keputusan ini diambil oleh kerajaan agar pelajar bebas mengambil kursus pilihan mereka di universiti berbanding meletakkan sebahagian besar pelajar ke dalam kursus Sains Komputer sekitar…










