SABAK BERNAM – Polis memberkas seorang penganggur dan merampas dadah bernilai RM5,000 dalam kejadian Bagan Teluk Rhu, Sungai Air Tawar, di sini, awal pagi semalam.
Penahanan suspek berusia 35 tahun itu dilakukan pukul 2 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon berkata, hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui lima peket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk dadah jneis heroin seberat 281.2 gram bernilai M5,000.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin selain mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.
“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dengan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE










